Kemanisan Iman


Untuk mendapatkan kemanisan iman, perkara terpenting yang kita harus fahami adalah Tauhid kepada Allah. Untuk memudahkan pemahaman saudara dan saudari yang baru belajar seperti saya, di sini saya kepilkan pendapat sahabat saya yang mempunyai ilmu agama yang agak baik berbanding kita. Fahamilah mengenai Tauhid Uluhiyyah, Rubbubiyyah dan Asma' wa Sifat

Zaman Rasulullah SAW tidak ada tauhid sifat 20 mahupun Tauhid Asma' wa Sifat yang didoktrinkan atau diajar secara sistematik atau diwajibkan ikut skema semacam itu. Yang terjadi hari ini...dan yang ada pada hari ini adalah sekadar TERTIB pembelajaran sahaja. Tidak wajib berpegang pada tertib-tertib tersebut asalkan pemahaman kita jelas bahawa Allah SWT adalah satu-satunya tuhan dan tidak ada tamsilan atau seumpamanya dan tiada sekutu baginya dalam apa hal sekalipun.

Tapi adalah baik sebagai orang awam yang mungkin tidak tahu bermacam-macam cabang ilmu agama (macam saya juga)... maka kita ikut sajalah tertib sifat dua puluh mahupun tauhid asma' wa sifat kerana sudah tentu yang menyusunnya adalah ulama-ulama yang ada kefahaman mendalam bab tauhid berbanding kita ini yang sekadar bertaraf ulam-ulaman. Ibaratnya para ulama ini telah memilih bahan dan memasak hidangan yang sedia dimakan...yang tersedia sudah dimasak cukup segala rempah ratusnya.

Kalau tanya aku...untuk sempurnakan keislaman...bermulalah dengan tauhid rububiyyah...mengaku bahawa Allah tuhan yang mencipta alam, mentadbir alam. Tapi tauhid tahap ini belum cukup membuktikan keislaman dan keimanan kerana orang kafir juga ada mengaku akan keberadaan tuhan dan pencipta alam Jadi nya.

Perkemaskan lagi tauhid itu dengan tauhid asma' wa sifat pula...iaitu menghayati dan menerima dengan yakin bahawa Allah SWT mempunyai nama-nama yang baik dan sifat2 yang baik yang tidak boleh dibandingkan dengan makhluk. Dia Yang Terbaik dalam segala segi. Tapi ini juga masih belum memadai utk membuktikan keislaman dalam erti kata sebenar...kerana orang kafir juga ada yang percaya bahawa tuhan itu penyayang...sekian-sekian baiknya dan sekian-sekian luhur sifatnya.

Maka perlulah diperlengkapkan/disempurnakan dengan tauhid uluhiyyah iaitu tauhid yang berbentuk perbuatan hati dan juga perbuatan fizikal iaitu dengan penuh perasaan mengaku, membuktikan dan menunjukkan semua ibadat hanya kerana Allah SWT, bukan kerana yang lain. DIA-lah tempat menumpahkan rasa cinta, pengharapan, ketakutan, kekaguman, penyerahan...dan apa-apa sajalah...pendek kata never turn to makhluk dalam urusan kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi. Sekian pandangan dhaif saya.

(SHEKH MAZRUL) 

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment